Muqaddimah

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
(Surah At-Taubah, Ayat 18)

  • PENGENALAN

    Masjid merupakan tempat yang Allah s.w.t paling suka. Masjid juga di panggil sebagai taman-taman Syurga. Orang yang pergi ke masjid ibarat org yang membawa bendera iman kerana di Masjid tempat para Malaikat berkumpul. MASJID adalah tempat pembinaan akhlak yang sangat penting bagi umat Islam. Nabi S.A.W dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah, binaan pertama yang dibina oleh Nabi S.A.W adalah Masjid.

    Kanak-kanak merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Kanak-kanak yang diharapkan dalam konteks Islam adalah kanak-kanak yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, kanak-kanak diperingkat rebung ini perlu pendedahan awal untuk memastikan jiwa mereka mempunyai jati diri yang teguh dan mantap dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.

  • OBJEKTIF PROGRAM :-

    1~ kanak-kanak dapat pendedahan awal tentang suasana di masjid seterusnya
    dapat membiasakan mereka dengan tempat ibadah (rumah Allah).

    2~ dapat menanam rasa cinta & menyayangi Masjid

    3~ dapat menerapkan akhlak mulia kepada kanak-kanak/pelajar.

    4~ dapat melatih mereka Solat berjemaah di usia yang lebih kecil lagi.

    5~ Para pendidik, guru-guru dan ibubapa dapat sama-sama mengimarahkan Masjid yang berdekatan.

Posted on 01/06/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: